Tuesday, November 9, 2010

Sijil Kemahiran Teknologi Telekomunikasi








Pengenalan
Teknologi Telekomunikasi merupakan salah satu daripada enam kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Objektif Latihan
  • Memudahkan pembelajaran di dalam bentuk teori dan amali bertepatan dengan sukatan latihan dengan penekanan dan corak disiplin latihan yang jitu.
  • Berusaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, berhemat, berwawasan, berdisiplin tinggi bersesuian dengan kehendak dan keperluan negara.
  • Untuk mengeluarkan lulusan graduan yang mahir bagi pihak industri dalam bidang telekomunikasi.
  • Membentuk kerjasama yang baik dengan pihak industri dan bidang kemahiran bagi meningkatkan kualiti.
Keterangan Kursus
Bengkel telekomunikasi menawarkan kursus kemahiran yang meliputi latihan teori dan amali seperti: -
  • Pendawaian Telefon
  • Fiber Optic splicing, termination and installation
  • Pemasangan Radio Loop Antenna
  • Asas Elektronik
  • Asas aplikasi komputer
  • Pemasangan rangkaian telekomunikasi dan komputer
  • Penyediaan dan pemerhatian ke tapak kerja
  • Pemasangan peralatan dan kelengkapan kerja
  • Penglibatan diri di dalam menguruskan sesuatu projek
  • Penyediaan dan mengemaskini dokumen projek
  • Melaksanakan fungsi pengurusan
Kemudahan
Di antara kemudahan makmal yang terdapat di bengkel telekomunikasi adalah :-
  • Makmal-makmal seperti :-
    1. Makmal analog 
    2. Makmal digital 
    3. Makmal switching 
    4. Makmal transmisi 
    5. Makmal projek 
    6. Makmal komunikasi data 
    7. Intranet
Tempoh Kursus
Teknologi telekomunikasi menawarkan kursus sepenuh masa selama 3 semester latihan dan 3 bulan Latihan Industri untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.
Kelayakan Masuk
Pemohon-pemohon yang berminat untuk mengikuti kursus Telekomunikasi ini mestilah sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
Persijilan
Bengkel telekomunikasi melaksanakan latihan kemahiran dengan berpandukan kepada National Occupational Skill Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Kebangsaan. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan Sijil Teknologi oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Prospek Kerjaya
Para pelajar bagi lepasan kursus ini boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan dan Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan.
















http://www.jtm.gov.my/ver09/

11 comments:

  1. Bagaimana pula yang berminat tetapi tiada sijil SPM adakah mereka layak utk mengikuti kursus ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak Tuan boleh memohon kursus customise yang dibuat oleh Institut latihan Awam

      Delete
  2. Umur yang layak utk menyertai kursus ini?

    ReplyDelete
  3. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete
  4. hi, kursus ini ada tak separuh masa?
    prakkas06@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Info yang baik. Mohon terus diupdate. Mungkin boleh ceritakan mengenai DWDM / CWDM . Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. Nota yang bermenafaat dan sangat membantu didalam pembelajaran bidang telekomunikasi.Mohon terus update dengan teknologi terkini

    ReplyDelete
  7. Limit umur utk ikuti krusku ini berapa?

    ReplyDelete
  8. saya dh dpt tawaran teknologi telekomunikasi tp tkthu lh nk pergi ke tak��

    ReplyDelete
  9. Lebih pergi bagi keadaan sekarang TVET tu lebih banyak peluang dipasaran pekerjaan

    ReplyDelete