Sunday, November 21, 2010

JENIS - JENIS KABEL KUPRUM

Dalam teknologi telekomunikasi untuk talian tetap di Malaysia, kabel kuprum atau lebih dikenali sebagai copper cable memainkan peranan yang sangat besar. Sebelum teknologi gentian optik digunakan, kabel kuprum merupakan satu-satunya medium penghantaran isyarat data dan suara.

Dalam entri ini, diperkenalkan beberapa jenis kabel kuprum yang digunakan di Malaysia.

Saturday, November 20, 2010

Rangkaian Pengagihan Pelanggan (CAN)


Apakah yang dimaksudkan dengan gambarajah di atas??

Ini adalah sistem rangkaian pengagihan pelanggan untuk talian telefon tetap yang diaplikasikan di Malaysia.


Pengagihan kabel bermula daripada Ibusawat Telekom (Exchange) hingga ke rumah pelanggan. Kebiasaannya,kabel utama yang digunakan ialah jenis PCUT (Paper Core Unit Twin) dan PEUT (Polyethylene Unit Twin). Kabel PCUT adalah kabel yang mula-mula digunakan, tetapi sekarang pihak Telekom telah menggunakan kabel PEUT pada setiap pemasangan. Saiz kabel PEUT terdiri daripada 2400 pairs, 2000 pairs, 1600 pairs, 1400 pairs, 1200 pairs, 1000 pairs, 800 pairs, 600 pairs, 400 pairs, dan 200 pairs.
Saiz / bilangan maksima bagi PEUT kabel  ialah 2400 pairs dan saiz minimanya ialah 200 pairs.

Penyambungan kabel PEUT bermula daripada bilik MDF (Main Distribution Frame) dan disambungkan ke kabel luar didalam vault closure joint. Kabel utama akan melalui cable chamber di bahagian bawah Ibusawat Telekom (Exchange), ducts (Sesalur) dan Manhole hingga ke Kabinet atau SDF (Subcriber Distribution Frame) di dalam bangunan.


MDF Room



Cable Chamber

Kabel utama telah di masukkan tekanan gas dengan menggunakan sistem CGPA (Computerized Gas Pressure Alarm System) dengan menggunakan dry air  didalam vault closure.Ducts digunakan adalah untuk memasang kabel baru dan ia juga adalah untuk melindungi kabel terdedah daripada kerosakkan. Terdapat dua jenis ducts yang digunakan iaitu PVC dan G.I pipe. Ducts jenis PVC biasa digunakan pada kawasan pemasangan yang normal, manakala G.I pipes digunakan sekira pemasangan kabel tersebut melintangi jambatan, longkang dll. Sub-ducts pula dipasang didalam ducts khas untuk pemasangan kabel Fiber Optic.


Sistem GPA

Kedudukan jarak maksima bagi Manhole ialah 220 meter. Manhole digunakan adalah untuk menempatkan kabel-kabel yang telah disambungkan (Jointing Cable), dimana kabel yang bersaiz besar bersambung dengan kabel yang bersaiz kecil. Contohnya ; 2400 pairs disambungkan kepada 2 daripada 1200pairs, manakala 1200 pairs disambungkan kepada 2 daripada 600 pairs. Saiz conductor gauge bagi setiap wayar ialah 0.4 mm, 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm. Bilangan maksima kabel yang disambungkan ke Kabinet ialah 600 pairs – ’E’ side / Primary cable.  Rujuk rajah 1.

Kabinet adalah flexibility point, ia disambungkan ke ’D’ side pairs dengan menggunakan jumper wires. Jumper wires berwarna biru dan putih berdiameter 0.5 mm digunakan untuk termination litar yang biasa, manakala jumper wires yang berwarna  merah dan jingga berdiameter 0.5 mm digunakan untuk litar yang penting contohnya; leased circuit, data circuit dll. Kabinet juga digunakan sebagai tempat untuk mengesan kerosakkan diantara kabel-kabel ’E’ dan ’D’ side.
Kabinet

Daripada Kabinet, PEUTFF (Polyethylene Unit Twin Fully Filled) disambungkan kepada hujung ’D’ side kabel dan diagihkan kepada DP’s (Distribution Pole).  Kabel PEUTFF mempunyai beberapa saiz pairs iaitu 10, 20, 30, 50, 100 dan 200 pairs. Terdapat beberapa jenis saiz conductor gauge bagi setiap wayarnya iaitu 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm.

Kabel PEUTFF digunakan sebagai underground feed ke DP’s atau disambungkan ke kabel PEUTIB (Polyethylene Unit Twin Integral Bearer) melalui Pole ke DP’s. Saiz bilangan kabel PEUTIB terdiri daripada 5, 10, 20, 30, 50, 100 dan 200 pairs. Terdapat beberapa jenis saiz conductor gauge bagi setiap wayarnya iaitu 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm.
Distribution Point (DP) 

Laluan pada setiap pole terdapat stays dan struts. Telekom Malaysia menggunakan tiga jenis pole iaitu :-

1)               Iron Poles – 6.7 m dan 7.6 m.
2)               Concrete Poles – 7.5 m.
3)               Wooden Poles – 6.7 m dan 7.9 m.

Stay dan struts digunakan untuk mengukuhkan kedudukan pole daripada tension kabel dan tekanan daripada tiupan angin. Terdapat empat jenis stays yang digunakan iaitu Terminal stays, angle stays, Longitudinal stays dan Transverse stays. Jika di kawasan tersebut tidak sesuai atau tidak boleh untuk menggunakan stay, ia akan digantikan dengan strut.


Jenis-jenis stay (umbang)

External DP’s / DP box yang dipasang pada pole mengandungi 10 pair DP’s. Walaubagaimanapun, 9 point sahaja yang akan disambungkan kepada rumah pelanggan, manakala  1 pair yang tinggal akan digunakan untuk tujuan pengujian talian ke Exchange.

Daripada DP, dropwire No.4 digunakan untuk disambungkan ke lightning arrestor di rumah pelanggan. Daripada Lightning arrestor, kabel mark III akan digunakan dan disambungkan ke soket telefon / termination box. Telefon cord / RJ-11 akan dipasangkan ke soket telefon dan ia boleh digunakan untuk penggunaan telefon atau untuk melayari internet.


Thursday, November 18, 2010

Ring..Ring...TELEFON

Alexender Graham Bell
Telefon ditemui oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876 adalah satu peranti yang dinamakan “Electrical Speaking Telephone”dimana ianya memancarkan isyarat suara dengan melalui satu jarak 
( distance) dengan penukaran getaran suara kepada isyarat elektrikal dengan melalui wayar.



                 Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.

                 Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.

                  Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik microwave atau relay satelit.
Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon

GENTIAN OPTIK (OPTICAL FIBER)

TEKNOLOGI GENTIAN OPTIK
Fiber Optik menghantar data ataupun isyarat (signal) melalui cahaya yang dibawa melalui satu saluran pertengahan kebel fiber tersebut yang dipanggil  “core”. 

SEJARAH FIBER OPTIK
Tahukah anda?
Cahaya telah mula digunakan untuk perhubungan sejak lebih 100 tahun dahulu lagi. Claude Chappe telah membina telegrafi optik pada tahun 1790an di perancis.
Pada tahun 1870, John Tyndall telah mengkaji dan menemukan kaedah pantulan cahaya dalam beberapa medium. Pada tahun 1962 semiconductor laser telah direka dan pada tahun 1970 Corning Glass Company telah membuat satu implementasi menggunakan pandu gelombang cahaya untuk penghantaran jarak dekat.
AT&T dan GTE telah memasang sistem telefoni gentian optik yang membawa data dan maklumat komersial. Sehingga sekarang gentian optik telah digunakan secara  meluas dalam pelbagai bidang termasuklah komunikasi, industri, pertahanan dan lain-lain.

GENTIAN OPTIK
Gentian optik merupakan satu jalur yang nipis serta halus dimana ia membenarkan cahaya melaluinya, Gentian optik juga boleh dikatakan sebagai ”circular light pipe”.
Gentian optik berupaya membawa isyarat dan tenaga optik dan ia juga mempunyai beberapa kebaikan serta keburukan  yang akan dibincangan kemudian.
Gentian optik tidak membawa isyarat elektrik tetapi ia membawa isyarat cahaya yang sama dengan isyarat elektrik. Pada punca penghantar, isyarat elektrik akan ditukar kepada isyarat cahaya untuk dibawa melalui gentian optik dan pada punca penerima pula, isyarat cahaya akan ditukar kepada isyarat elektrik untuk proses yang selanjutnya.
Pancaran cahaya dalam gentian optik adalah mematuhi Hukum Snell serta fenomena Total Internal Reflection (TIR) yang akan dibincangkan kemudian.

Jenis-Jenis Gentian Optik

Gentian optik secara amnya diklasifikasikan bergantung kepada indek profail serta dimensinya.

a) Multimode Step Index
Gentian jenis ini banyak digunakan dalam komunikasi dan mempunyai diameter teras diantara 50-100μm dengan indek biasan yang tetap disepanjang teras. Gentian jenis ini mempunyai NA yang besar dan lebih mahal serta diameter yang besar membolehkan ianya senang digunakan. Walaubagaimanapun, ia mempunyai lebarjalur yang terhad dan tidak sesuai untuk perhubungan
jarak jauh.



b) Multimode Graded index.
    Gentian jenis ini juga mempunyai diameter teras antara 50-100μm dan indek biasan berbeza-beza di sepanjang diameter. Gentian jenis ini mempunyai lebarjalur yang sederhana dan membenarkan perambatan dengan mod yang kurang dan ia mempunyai tahap pengecilan yang rendah.




c) Single Mode Fiber.
Gentian jenis ini hanya membenarkan hanya satu jenis perambatan dengan panjang gelombang yang ditetapkan untuk ianya beroperasi. Saiz diameter adalah kecil diantara 4-8μm. Ia mempunyai lebar jalur yang terbaik dan penyerakan yang rendah.Gentian jenis ini adalah paling popular digunakan untuk perhubungan rangkaian jarak jauh. Size diameter yang kecil serta fleksibel membolehkan ianya digunakan secara meluas didalam beberapa aplikasi pengesan gentian optik.



KEBAIKAN KABEL GENTIAN OPTIK

a)     Lebarjalur yang besar
Dengan lebarjalur yang besar maka lebih banyak kapasiti maklumat boleh dibawa.
Tambahan pula sekarang ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi sedang menambah
penggunaan perghantaran maklumat secara digital dan dengan lebarjalur yang besar maka
ianya membenarkan bit rate yang tinggi dan lebih banyak saluran boleh dibawa dalam satu
kabel.

b)    Kadar kehilangan (loss ) yang rendah
Dengan kadar kehilangan dan penyerakan yang rendah maka penempatan stesyen
pengulang amatlah menjimatkan dimana penggunaan pengulang menelan kos yang tinggi.

c)     Size yang kecil dan ringan
Mudah untuk dibuat penyelenggaraan dan kelihatan kemas semasa proses pengkabelan
seperti didalm pesawat, bangunan, kenderaan dan sebagainya.

d)    Tiada kesan elektromagnet (EMI)
Oleh kerana tiada pengaliran arus elektrik dalam gentian optik maka tidak ada kesan
pancaran electromagnet dan boleh melalui kawasan- kawasan bervoltan tinggi.

e)     Lebih selamat ( security )
Kabel tidak boleh di ‘tap’ oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

f)      Fleksibel
Boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika ada penambahbaikan.

Penggunaan Gentian Optik


i.         Studio TV digital, yang menggunakan data yang boleh dibawa oleh fiber optik sangat sesuai dengan keperluan TV digital yang membolehkan ia membawa jutaan bit dalam setiap detiknya.
ii.        Jalur bawah laut - Aplikasi dalam bidang ini telah dilakukan dengan menghubungkan Amerika dan Eropah dengan fiber optik yang berada dibawah laut.
iii.      Pengganti satelit - Hal ini dilakukan kerana fiber optik lebih baik dalam menghadapi gangguan-gangguan dibandingkan komunikasi satelit, yang mempunyai masalah dengan gangguan pada atmosfera.
iv.      Bidang kesihatan, teknologi fiber optik boleh digunakan dalam jenis tertentu dalam menggunakan operasi laser.        
 v.       LAN yang efesien dan berkapasiti tinggi dan besar pada syarikat, hospital, sekolah dan organisasi lainnya yang menggunakan fiber optik secara khusus. Hal ini   digunakan untuk mendapatkan data-data komputer seperti video dan suara, yang relatif besar.


Antara aplikasi gentian optik dalam dunian telekomunikasi adalah projek High Speed Broadband.(HSBB) yang telah dilancarkan oleh syarikat telekomunikasi TM Bhd. Gentian optik digunakan sebagai meduim penghantaran isyarat dari ibusawat ke rumah pelanggan. High Speed Broadband (HSBB) adalah perkhidmatan broadband yang menawarkan bandwidth yang disampaikan pada rangkaian kelajuan 10Mbps dan di atas. Tidak seperti Sambungan broadband normal yang memberikan bandwidth pada rangkaian kelajuan berkisar antara 256kbps dan 4mbps,dasar HSBB pakej pada akhirnya akan membolehkan Malaysia untuk pengalaman Internet kelajuan tinggi hingga 100 kali lebih cepat dari laju biasa, sementara perniagaan akan dapat memiliki kelajuan maksimum hingga 1,000 Mbps (1Gbps).

TM HSBB TV Commercial

Tuesday, November 9, 2010

Sijil Kemahiran Teknologi Telekomunikasi








Pengenalan
Teknologi Telekomunikasi merupakan salah satu daripada enam kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Objektif Latihan
  • Memudahkan pembelajaran di dalam bentuk teori dan amali bertepatan dengan sukatan latihan dengan penekanan dan corak disiplin latihan yang jitu.
  • Berusaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, berhemat, berwawasan, berdisiplin tinggi bersesuian dengan kehendak dan keperluan negara.
  • Untuk mengeluarkan lulusan graduan yang mahir bagi pihak industri dalam bidang telekomunikasi.
  • Membentuk kerjasama yang baik dengan pihak industri dan bidang kemahiran bagi meningkatkan kualiti.
Keterangan Kursus
Bengkel telekomunikasi menawarkan kursus kemahiran yang meliputi latihan teori dan amali seperti: -
  • Pendawaian Telefon
  • Fiber Optic splicing, termination and installation
  • Pemasangan Radio Loop Antenna
  • Asas Elektronik
  • Asas aplikasi komputer
  • Pemasangan rangkaian telekomunikasi dan komputer
  • Penyediaan dan pemerhatian ke tapak kerja
  • Pemasangan peralatan dan kelengkapan kerja
  • Penglibatan diri di dalam menguruskan sesuatu projek
  • Penyediaan dan mengemaskini dokumen projek
  • Melaksanakan fungsi pengurusan
Kemudahan
Di antara kemudahan makmal yang terdapat di bengkel telekomunikasi adalah :-
  • Makmal-makmal seperti :-
    1. Makmal analog 
    2. Makmal digital 
    3. Makmal switching 
    4. Makmal transmisi 
    5. Makmal projek 
    6. Makmal komunikasi data 
    7. Intranet
Tempoh Kursus
Teknologi telekomunikasi menawarkan kursus sepenuh masa selama 3 semester latihan dan 3 bulan Latihan Industri untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.
Kelayakan Masuk
Pemohon-pemohon yang berminat untuk mengikuti kursus Telekomunikasi ini mestilah sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
Persijilan
Bengkel telekomunikasi melaksanakan latihan kemahiran dengan berpandukan kepada National Occupational Skill Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Kebangsaan. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan Sijil Teknologi oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Prospek Kerjaya
Para pelajar bagi lepasan kursus ini boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan dan Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan.
















http://www.jtm.gov.my/ver09/