Thursday, November 18, 2010

GENTIAN OPTIK (OPTICAL FIBER)

TEKNOLOGI GENTIAN OPTIK
Fiber Optik menghantar data ataupun isyarat (signal) melalui cahaya yang dibawa melalui satu saluran pertengahan kebel fiber tersebut yang dipanggil  “core”. 

SEJARAH FIBER OPTIK
Tahukah anda?
Cahaya telah mula digunakan untuk perhubungan sejak lebih 100 tahun dahulu lagi. Claude Chappe telah membina telegrafi optik pada tahun 1790an di perancis.
Pada tahun 1870, John Tyndall telah mengkaji dan menemukan kaedah pantulan cahaya dalam beberapa medium. Pada tahun 1962 semiconductor laser telah direka dan pada tahun 1970 Corning Glass Company telah membuat satu implementasi menggunakan pandu gelombang cahaya untuk penghantaran jarak dekat.
AT&T dan GTE telah memasang sistem telefoni gentian optik yang membawa data dan maklumat komersial. Sehingga sekarang gentian optik telah digunakan secara  meluas dalam pelbagai bidang termasuklah komunikasi, industri, pertahanan dan lain-lain.

GENTIAN OPTIK
Gentian optik merupakan satu jalur yang nipis serta halus dimana ia membenarkan cahaya melaluinya, Gentian optik juga boleh dikatakan sebagai ”circular light pipe”.
Gentian optik berupaya membawa isyarat dan tenaga optik dan ia juga mempunyai beberapa kebaikan serta keburukan  yang akan dibincangan kemudian.
Gentian optik tidak membawa isyarat elektrik tetapi ia membawa isyarat cahaya yang sama dengan isyarat elektrik. Pada punca penghantar, isyarat elektrik akan ditukar kepada isyarat cahaya untuk dibawa melalui gentian optik dan pada punca penerima pula, isyarat cahaya akan ditukar kepada isyarat elektrik untuk proses yang selanjutnya.
Pancaran cahaya dalam gentian optik adalah mematuhi Hukum Snell serta fenomena Total Internal Reflection (TIR) yang akan dibincangkan kemudian.

Jenis-Jenis Gentian Optik

Gentian optik secara amnya diklasifikasikan bergantung kepada indek profail serta dimensinya.

a) Multimode Step Index
Gentian jenis ini banyak digunakan dalam komunikasi dan mempunyai diameter teras diantara 50-100μm dengan indek biasan yang tetap disepanjang teras. Gentian jenis ini mempunyai NA yang besar dan lebih mahal serta diameter yang besar membolehkan ianya senang digunakan. Walaubagaimanapun, ia mempunyai lebarjalur yang terhad dan tidak sesuai untuk perhubungan
jarak jauh.



b) Multimode Graded index.
    Gentian jenis ini juga mempunyai diameter teras antara 50-100μm dan indek biasan berbeza-beza di sepanjang diameter. Gentian jenis ini mempunyai lebarjalur yang sederhana dan membenarkan perambatan dengan mod yang kurang dan ia mempunyai tahap pengecilan yang rendah.




c) Single Mode Fiber.
Gentian jenis ini hanya membenarkan hanya satu jenis perambatan dengan panjang gelombang yang ditetapkan untuk ianya beroperasi. Saiz diameter adalah kecil diantara 4-8μm. Ia mempunyai lebar jalur yang terbaik dan penyerakan yang rendah.Gentian jenis ini adalah paling popular digunakan untuk perhubungan rangkaian jarak jauh. Size diameter yang kecil serta fleksibel membolehkan ianya digunakan secara meluas didalam beberapa aplikasi pengesan gentian optik.



KEBAIKAN KABEL GENTIAN OPTIK

a)     Lebarjalur yang besar
Dengan lebarjalur yang besar maka lebih banyak kapasiti maklumat boleh dibawa.
Tambahan pula sekarang ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi sedang menambah
penggunaan perghantaran maklumat secara digital dan dengan lebarjalur yang besar maka
ianya membenarkan bit rate yang tinggi dan lebih banyak saluran boleh dibawa dalam satu
kabel.

b)    Kadar kehilangan (loss ) yang rendah
Dengan kadar kehilangan dan penyerakan yang rendah maka penempatan stesyen
pengulang amatlah menjimatkan dimana penggunaan pengulang menelan kos yang tinggi.

c)     Size yang kecil dan ringan
Mudah untuk dibuat penyelenggaraan dan kelihatan kemas semasa proses pengkabelan
seperti didalm pesawat, bangunan, kenderaan dan sebagainya.

d)    Tiada kesan elektromagnet (EMI)
Oleh kerana tiada pengaliran arus elektrik dalam gentian optik maka tidak ada kesan
pancaran electromagnet dan boleh melalui kawasan- kawasan bervoltan tinggi.

e)     Lebih selamat ( security )
Kabel tidak boleh di ‘tap’ oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

f)      Fleksibel
Boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika ada penambahbaikan.

Penggunaan Gentian Optik


i.         Studio TV digital, yang menggunakan data yang boleh dibawa oleh fiber optik sangat sesuai dengan keperluan TV digital yang membolehkan ia membawa jutaan bit dalam setiap detiknya.
ii.        Jalur bawah laut - Aplikasi dalam bidang ini telah dilakukan dengan menghubungkan Amerika dan Eropah dengan fiber optik yang berada dibawah laut.
iii.      Pengganti satelit - Hal ini dilakukan kerana fiber optik lebih baik dalam menghadapi gangguan-gangguan dibandingkan komunikasi satelit, yang mempunyai masalah dengan gangguan pada atmosfera.
iv.      Bidang kesihatan, teknologi fiber optik boleh digunakan dalam jenis tertentu dalam menggunakan operasi laser.        
 v.       LAN yang efesien dan berkapasiti tinggi dan besar pada syarikat, hospital, sekolah dan organisasi lainnya yang menggunakan fiber optik secara khusus. Hal ini   digunakan untuk mendapatkan data-data komputer seperti video dan suara, yang relatif besar.


Antara aplikasi gentian optik dalam dunian telekomunikasi adalah projek High Speed Broadband.(HSBB) yang telah dilancarkan oleh syarikat telekomunikasi TM Bhd. Gentian optik digunakan sebagai meduim penghantaran isyarat dari ibusawat ke rumah pelanggan. High Speed Broadband (HSBB) adalah perkhidmatan broadband yang menawarkan bandwidth yang disampaikan pada rangkaian kelajuan 10Mbps dan di atas. Tidak seperti Sambungan broadband normal yang memberikan bandwidth pada rangkaian kelajuan berkisar antara 256kbps dan 4mbps,dasar HSBB pakej pada akhirnya akan membolehkan Malaysia untuk pengalaman Internet kelajuan tinggi hingga 100 kali lebih cepat dari laju biasa, sementara perniagaan akan dapat memiliki kelajuan maksimum hingga 1,000 Mbps (1Gbps).

TM HSBB TV Commercial

No comments:

Post a Comment